Tentang Kami

Dikemas kini: 12 Oktober 2026

SiteFlow — platform pengurusan projek pembinaan untuk kontraktor Malaysia, oleh Lux Electrical Enterprise.

1. Siapa Kami

SiteFlow dibangunkan dan dikendalikan oleh LUX ELECTRICAL ENTERPRISE (No. Pendaftaran SSM: 202503038997), sebuah perniagaan yang berdaftar di Malaysia dan beroperasi dari Cyberjaya, Selangor.

Alamat berdaftar: No 12A-5A, Galleria @ Cyberjaya, Jalan Tenokrat 6, Cyber 5, Cyberjaya, 63000, Selangor.

2. Apa Itu SiteFlow

SiteFlow ialah platform pengurusan projek pembinaan berasaskan web untuk kontraktor di Malaysia. Ia menggantikan hamparan dan fail yang berselerak dengan satu sistem yang menghubungkan dokumen kontrak, jadual kerja dan rekod tapak.

  • Jadual CPM daripada Senarai Kuantiti (BQ) — AI merangka draf untuk disahkan; import dan eksport Microsoft Project (.xml).
  • Log harian tapak dengan foto, cuaca, tenaga kerja dan task CPM; kelulusan berperingkat dengan jejak audit penuh.
  • Kemajuan dan S-Curve, Dashboard Utama untuk semua projek, dan Pusat Isu Jadual.
  • Pautan Kongsi berkata laluan, Set QR dan Mod Persembahan untuk klien dan perunding.
  • Tuntutan Kemajuan, Laporan EOT, Defect / DLP dan Smart Custom Report — dokumen PDF pada pelan Pro.

3. Model Perkhidmatan

SiteFlow ditawarkan sebagai perkhidmatan langganan bulanan (SaaS) dengan tempoh percubaan percuma supaya anda dapat menilai platform sepenuhnya sebelum membayar. Harga semasa sentiasa dipaparkan di halaman utama dan semasa proses pembayaran.

Semua bayaran dibuat dalam Ringgit Malaysia (MYR) melalui gerbang pembayaran berlesen di Malaysia, menyokong FPX dan kad kredit/debit. Rujuk Terma Perkhidmatan dan Polisi Bayaran Balik kami untuk butiran penuh.

4. Hubungi Kami

Butiran penuh perhubungan — e-mel, telefon dan alamat — tersedia di halaman Hubungi Kami (pautan di bahagian bawah setiap halaman).